Malaysia
ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan agama. Rakyat Melayu, Cina,
India dan rakyat peribumi yang lain
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai malah saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Malahan itu, Pelbagai kaum yang
membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik, seperti perayaan
di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan disambut
oleh kaum tertentu.
Pada
setiap tahun banyak perayaan yang rakyat Malaysia sambut. Hal ini menunjukkan Malaysia
hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan juga warna kulit. Disamping itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam negara
kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Sememangnya
masyarakat Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai kaum, perayaan
dan sejarahnya yang tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga diri
terhadap tanah air kita. Melalui penulisan ini juga dapat menyedarkan rakyat
Malaysia tentang betapa pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat
Malaysia. Selain itu, kesan yang
didapati semasa membuat penulisan mengenai tajuk ini ialah dapat menikmati
juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita.
Seterusnya, rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah
terbuka. Rakyat Malaysia juga boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan
lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling
menghormati antara satu sama lain.