Kesimpulannya, remaja bertanggungjawab untuk
memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat khususnya generasi muda.
Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk
merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi mudah hari ini
mengabaikan peranan mereka untuk memupuk
perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk
semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu
padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.